>> Lihat semua perjanjian undang-undang

>> Lihat pengemaskinian polisi terdahulu

Pengemaskinian Dasar

 

Kemas kini terakhir pada 7 Disember 2023

Notis Pindaan kepada Perjanjian PayPal Asia Pasifik, negara Eropah dan Amerika Latin tertentu, Timur Tengah dan Afrika

 

Halaman Ini

Halaman ini memperincikan dan/atau memberikan pratonton kemas kini kepada pengguna PayPal tentang perubahan kepada Perjanjian Pengguna PayPal atau perjanjian dalam talian lain, polisi atau pernyataan yang memerlukan notis bagi negara Asia Pasifik, negara Eropah dan Amerika Latin tertentu, Timur Tengah dan Afrika. Anda juga boleh menyemak notis Pengemaskinian Polisi Lalu. Ambil perhatian bahawa perubahan tambahan boleh dibuat kepada perjanjian pratonton pada atau sebelum tarikh kuat kuasa yang disenaraikan, dengan syarat keperluan notis yang berkenaan dipenuhi.

Perubahan Akan Datang

Kami sedang membuat perubahan kepada perjanjian tertentu (disenaraikan di bawah) yang mengawal hubungan anda dengan PayPal. Perubahan ini akan berlaku secara automatik pada tarikh berkuat kuasa yang sepadan yang ditunjukkan di bawah.

Tindakan Diperlukan

Sila semak notis di bawah dengan teliti dan biasakan diri anda dengan perubahan yang akan datang. Dengan meneruskan penggunaan perkhidmatan kami selepas perubahan berkuat kuasa, anda bersetuju untuk terikat dengan perubahan ini. Jika tidak, tiada tindakan lanjutan diperlukan daripada anda untuk menerima perubahan tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menolak perubahan tersebut, maka anda perlu menutup akaun PayPal anda sebelum tarikh kuat kuasa yang berkenaan, seperti yang diterangkan dalam Perjanjian Pengguna PayPal.

 

Notis

Dikeluarkan: 7 Disember 2023

Pindaan kepada Perjanjian Pengguna PayPal
Berkuat kuasa pada 8 Februari 2024 (Tarikh kuat kuasa bagi Penduduk Tanah Besar China adalah pada 20 Februari 2024):

  • Kami menyemak semula Perjanjian Pengguna untuk menunjukkan bayaran yang diterima oleh penjual daripada pembeli mungkin tidak sah dan berbalik jika penjual gagal memberikan respons atau memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada PayPal berkaitan tuntutan atau caj balik pembeli untuk transaksi tersebut dalam rangka masa yang dimaklumkan kepada penjual oleh PayPal.
  • Yuran tetap untuk pengeluaran kad untuk Indonesia dan Malaysia: Kami meningkatkan yuran pengeluaran untuk pengeluaran daripada akaun PayPal dalam peso Filipina kepada PHP250.00 bagi setiap pengeluaran.

Semak Perjanjian Pengguna PayPal yang dikemas kini

Semak Yuran Pengguna.

Semak Yuran Peniaga.

 

Pindaan kepada Program Perlindungan Penjual PayPal
Berkuat kuasa pada 8 Februari 2024 (Tarikh kuat kuasa bagi Penduduk Tanah Besar China adalah pada 20 Februari 2024):

  • Kami menyemak semula Program Perlindungan Penjual PayPal untuk mengecualikan kelayakan bagi tuntutan Item Tidak Diterima yang difailkan oleh pembeli sebagai tuntutan caj balik dengan pengeluar kad untuk transaksi yang dibiayai oleh kad.

Semak Program Perlindungan Penjual yang dikemas kini

 

Pindaan kepada Terma dan Syarat Bayaran berkumpulan PayPal
Berkuat kuasa 8 Februari 2024 (Tarikh kuat kuasa bagi penduduk Tanah Besar China adalah pada 20 Februari 2024):

  • Terma dan Syarat Bayaran Berkumpulan PayPal dikemas kini untuk menjelaskan kefungsian produk sedia ada termasuk:
    • Keperluan kelayakan bagi penerima bayaran berkumpulan yang berjaya menerima bayaran berkumpulan
    • Menjelaskan tanggungjawab PayPal dan pengirim masing-masing berkenaan bayaran berkumpulan yang dibuat menggunakan produk Bayaran Berkumpulan PayPal
  • Selain itu, kemas kini menyatakan bahawa:
    • PayPal mungkin memerlukan bukti persetujuan jelas penerima berkaitan penerimaan komunikasi berhubung dengan bayaran berkumpulan
    • Pelanggan mestilah mengesahkan bahawa pemberian maklumat kepada PayPal tidak dianggap sebagai penjualan data kepada PayPal bawah undang-undang terpakai.
    • Pelanggan tidak boleh menyatakan tajaan atau sokongan PayPal tanpa kebenaran awal; berusaha mendapatkan kelayakan pengguna PayPal

Semak Terma dan Syarat Bayaran Berkumpulan PayPal