Terakhir dikemas kini pada 27 April 2017
Terakhir dikemas kini pada 27 April 2017
Perlindungan Penjual PayPal adalah perlindungan yang kami sediakan kepada Penjual di China dan New Zealand daripada Tuntutan, Caj Balik atau Pembalikan yang berdasarkan:
Perlindungan Penjual PayPal tersedia untuk bayaran yang layak daripada pembeli yang memegang Akaun PayPal di mana-mana negara. Sekiranya anda menjual atau memasarkan kepada pembeli di negara lain, anda perlu membaca polisi Perlindungan Pembeli PayPal bagi negara asal pembeli sasaran anda (polisi Perlindungan Pembeli PayPal yang berkaitan boleh didapati di sini) kerana polisi ini akan terpakai kepada anda sebagai Penerima Bayaran atau Penjual.
PayPal akan membayar anda amaun penuh bayaran yang layak dan mengetepikan Yuran Caj Balik sekiranya berkenaan.
Anda mesti memenuhi semua keperluan ini untuk layak mendapat Perlindungan Penjual PayPal:
Keperluan pos | |
Perlindungan untuk Item Tidak Diterima | Untuk item yang kurang daripada $750 USD (atau setaraf seperti yang dinyatakan di bawah)*, Bukti Pengiriman atau Bukti Penghantaran (bagi item atau perkhidmatan tidak ketara atau maya) Untuk item $750 USD atau lebih (atau setaraf seperti yang dinyatakan di bawah)*, Bukti Penghantaran (untuk item ketara) atau Bukti Penghantaran (untuk item atau perkhidmatan tidak ketara atau maya) |
Perlindungan daripada Transaksi Tidak Dibenarkan | Bukti Pengiriman |
Mata wang* | Amaun | Mata wang* | Amaun |
Dolar Australia | $850 AUD | Dolar New Zealand | $950 NZD |
Real Brazil | $1750 BRL | Krone Norway | 4,600 NOK |
Dolar Kanada | $850 CAD | Peso Filipina | 34,000 PHP |
Koruna Republik Czech | 15,000 CZK | Zloty Baharu Poland | 2,300 PLN |
Krone Denmark | 4,100 DKK | Ruble Rusia | 27,000 RUB |
Euro | €550 EUR | Dolar Singapura | $950 SGD |
Dolar Hong Kong | $6,000 HKD | Krona Sweden | 4,950 SEK |
Forint Hungary | 170,000 HUF | Franc Swiss | 700 CHF |
Shekel Baharu Israel | 2,700 ILS | Dolar Baharu Taiwan | 23,000 TWD |
Yen Jepun | ¥77,000 JPY | Baht Thai | 24,500 THB |
Ringgit Malaysia | 2,500 MYR | Lira Turki | 1,600 TRY |
Peso Mexico | $10,000 MXN | Paun Sterling U.K. | £450 GBP |
|
| Dolar A.S. | $750 USD |
"Bukti Pengiriman" bermaksud dokumentasi dalam talian atau fizikal daripada syarikat pengiriman yang merangkumi semua perkara berikut:
"Bukti Penghantaran" (untuk item ketara) bermaksud dokumentasi dalam talian atau fizikal daripada syarikat pengiriman yang termasuk (atau apabila syarikat pengiriman menjamin bahawa mereka telah mendapatkan) semua perkara berikut:
"Bukti Penghantaran (bagi item atau perkhidmatan tidak ketara atau maya)" bermaksud apa-apa bukti menarik untuk menunjukkan pesanan pembelian telah dipenuhi, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua perkara berikut:
NOTA: Walaupun Perlindungan Pembeli memanjangkan perlindungan kepada pembeli untuk barangan tidak ketara, Perlindungan Penjual tidak terpakai kepada barangan tidak ketara.
PayPal akan menahan sementara dana dalam Akaun anda untuk menampung amaun penuh Tuntutan, Caj Balik atau Pembalikan. Kami akan meminta anda untuk memberikan Bukti Pengiriman atau Bukti Penghantaran (untuk item ketara) atau Bukti Penghantaran (bagi item atau perkhidmatan yang tidak ketara atau maya) dan sebarang maklumat lain yang kami perlukan untuk menentukan sama ada transaksi memenuhi syarat kelayakan untuk Perlindungan Penjual PayPal.
Kami akan menggunakan budi bicara munasabah kami untuk menentukan sama ada transaksi memenuhi syarat kelayakan Perlindungan Penjual PayPal. Jika ya, kami akan membuang penahanan sementara dan mengembalikan dana ke Akaun anda.
Jika bayaran tidak dilindungi oleh Perlindungan Penjual PayPal, PayPal akan mengeluarkan dana daripada Akaun anda dan mengembalikan bayaran kepada pembeli. Di samping itu, anda akan bertanggungjawab untuk Yuran Caj Balik PayPal, jika berkenaan.
Kami mungkin menggantung kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal jika kami mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa terdapat peningkatan risiko yang berkaitan dengan Akaun anda. Dalam menilai risiko, kami akan mempertimbangkan:
Kami mungkin menggantung kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal jika ia dipautkan atau dikaitkan dengan Akaun lain yang telah digantung.
Kami akan membuang penggantungan dengan syarat, kami tidak lagi mempunyai kepercayaan yang munasabah bahawa terdapat peningkatan risiko yang berkaitan dengan Akaun anda.
Jika kami percaya secara munasabah yang risiko masih wujud, kami boleh mengikut budi bicara mutlak kami, mewajibkan anda mengambil tindakan tertentu untuk membuang penggantungan kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal. Anda perlu mengikut arahan kami setakat yang munasabah yang diperlukan oleh PayPal dalam tempoh yang dinyatakan.
Kami akan memaklumkan anda melalui e-mel jika kami menggantung atau membuang penggantungan kelayakan anda untuk Perlindungan Penjual PayPal.
Jika kami menentukan secara munasabah, setelah mempertimbangkan semua keadaan yang berkaitan, bahawa anda telah menyalahgunakan Dasar Perlindungan Penjual PayPal, kami boleh atas budi bicara mutlak kami, mengecualikan anda daripada Dasar Perlindungan Penjual PayPal atau mengambil sebarang tindakan lain menurut Perjanjian ini. Kami akan memaklumkan anda jika anda dikecualikan.
Jika anda menerima bayaran di bawah Perlindungan Penjual PayPal yang mana anda tidak berhak atau layak terima, bayaran akan dibayar balik dengan segera oleh anda dan boleh dikembalikan sebagai hutang yang perlu dibayar kepada PayPal.